Saturday 16 July 2016

Contoh Ayat Perkataan "sekular"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "sekular" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Bangsa Turkmen pun didorong untuk sekular dan mengadaptasi cara berpakain bangsa Eropa.
  2. Kadar-kadar membunuh diri negara kelihatan sejagat dan menunjukkan aliran sekular yang menaik.
  3. Semenjak penubuhan republik pada tahun 1923, Turki telah mengembangkan tradisi sekular yang utuh.
  4. Perubahan bentuk kerajaan ke bentuk lebih sekular menjadi sebahagian besar kontroversi di Zaman Moden Awal Eropah.
  5. Sebilangan Muslim muda, terutamanya yang dibesarkan dalam yang lebih sekular atau berlatar barat adalah Muslim sapara mengamal.
  6. Dalam satu proses damai untuk menamatkan perang dan memulihkan demokrasi, pada 18 Mei 2006, Nepal diisytiharkan sebagai negara sekular oleh Parlimen Sementara Nepal.
  7. Mustafa Kemal menjadi Presiden Turki yang pertama lalu memperkenalkan banyak pembaharuan radikal yang bertujuan menubuhkan sebuah republik sekular baru daripada tinggalan zaman silam Uthmaniyyah.
  8. Antara pemerintah-pemerintah keturunan moden yang ingin menekankan kuasa sekular mereka di bawah kedaulatan undang-undang, gelaran 'Raja' semakin digunakan sebagai gantian untuk gelaran 'Sultan'.
  9. Pada tahun 2007, selepas AKP mempertahankan majoriti di Parlimen pada pilihan raya umum, timbulnya beberapa peristiwa yang menyentuh dasar sekular negara dan peranan kehakiman dalam cabang perundangan.
  10. Tamabahan lagi, adanya kepercayaan khusus budaya berkaitan tontonan televisyen, mendengar muzik, dan setiap kegunaan mana-mana peralatan sekular yang dalam sesetengah cara tidak menambah nilai kerohanian.
  11. Secara keseluruhannya, Zaman Pembaharuan boleh dilihat sebagai satu percubaan oleh para cendekiawan untuk belajar dan memperbaiki sekular dan keduniaan, kedua-duanya melalui pemulihan idea dari antikuiti dan pemikiran.
  12. Negara-negara yang hangat menyambut Krismas meskipun bilangan penduduk Kristian yang kecil seperti Jepun, telah menerima kebanyakan aspek-aspek sekular dalam sambutan Krismas seperti bertukar hadiah, hiasan lampu dan pokok Krismas.
  13. Di Malaysia wujudnya perbahasan sama ada negara ini wajar mengamalkan kerajaan berdasarkan sekular atau Islam, memandangkan ada negeri yang meluluskan undang-undang Islam tetapi tidak berkuatkuasa kerana ditentang oleh kerajaan persekutuan.
  14. Terdapatnya satu sistem mahkamah persekutuan; kesemua negeri kecuali Dubai dan Ras al-Khaimah telah menyertai sistem persekutuan ini; kesemua negeri mempunyai undang-undang sekular dan Islam untuk kes-kes sivil, jenayah, dan mahkamah tinggi.
  15. Walaupun sesetengah ahli alkimia dianggap seorang yang mengada-ngada, penipu dan mengaku dirinya pandai, kebanyakan daripada mereka merupakan sekular yang berpengetahuan tinggi dan saintis yang berwibawa seperti Isaac Newton dan Robert Boyle.
  16. Pada tahun 1851, Danilo II Petrović NjegoÅ¡ menjadi vladika tetapi pada tahun 1852 kemudian beliau telah berkahwin, seterusnya membuang sifat keagamaannya dan menjadikan kerajaannya sebagai prinsipaliti sekular semula dengan memakai gelaran baru knjaz (Putera).
  17. Konflik-konflik ganas yang wujud selepasnya menggabungkan agama dan politik dan memperlihatkan pihak yang menyokong kuasa Paus melawan pihak yang menyokong institusi sekular dan hak kedaulatan mereka membuat keputusan-keputusan dalam negeri, terutama apabila keputusan itu melibatkan agama, di kedua-dua belah mazhab Katolik dan Protestant.
  18. Pada tahun 1516, putera berhaluan sekular ÄuraÄ‘ Crnojević turun daripada tahktanya untuk memberi peluang kepada Ketua Bishop Vavil memerintah, dan kemudiannya Montenegro bertukar menjadi negara teokrasi dibawah pemerintahan putera-bishop dari Cetinje, satu tempat yang dipegang dari tahun 1697 oleh keluarga Petrović-NjegoÅ¡ dari klan RiÄ‘ani.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...