Friday 29 April 2016

Contoh Ayat Perkataan "dianggotai"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "dianggotai" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. EAEC dianggotai oleh negara negara di seluruh Asia Timur.
  2. Semenjak 6 Februari 2006 Mahkamah dianggotai ahli berikut:
  3. Ia dianggotai oleh kesemua negara di benua Afrika kecuali Maghribi.
  4. Rejimen ini adalah satu rejimen yang unik di mana dianggotai berbagai kaum dan agama.
  5. Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Papua New Guinea.
  6. Parlimen mempunyai satu dewan yang dianggotai 50 orang ahli, dipilih untuk 4 tahun setiap penggal.
  7. Untuk mengatasi masalah ini, beliau menubuhkan Pasukan Polis yang dianggotai oleh 40 orang Melayu.
  8. Badan tertinggi AU ialah Perhimpunan Kesatuan Afrika yang dianggotai oleh ketua-ketua negara atau kerajaan Afrika.
  9. Kumpulan kongsi gelap 35 merupakan suatu kumpulan yang sangat aktif di kedah dan hanya dianggotai oleh orang India.
  10. Maka pada 15 Ogos 1957, tertubuhlah 1st Field Battery di Kajang, Selangor dengan dianggotai oleh seramai 89 anggota.
  11. European Unity Kesatuan Eropah merupakan satu kesatuan antarabangsa yang dianggotai oleh kebanyakan negara di Eropah.
  12. Badan ini merupakan badan pemerintahan yang tertinggi yang dianggotai oleh Menteri-menteri Luar Negeri ssetiap negara ahli.
  13. Perhimpunan di Malaysia yang dianggotai lima orang atau lebih diwajibkan memohon permit polis yang jarang sekali diluluskan.
  14. Seperti Malayan Union, persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini dianggap sebagai sebahagian dari Malaya.
  15. Birokrasi Hung Taiji dianggotai sebilangan bangsa han yang di luar jangkaan, kebanyakannya pegawai Ming yang baru menyerah diri.
  16. Terup tersebut telah dianggotai oleh jururadio dari Platun Semboyan Batalion Pertama, Kedua dan Ketiga Rejimen Askar Melayu Diraja.
  17. Menjelang akhir tahun 1962, mereka mungkin dianggotai kira-kira 4000 anggota, beberapa senjata moden dan kira-kira 1000 pucuk senapang patah.
  18. Dewan Rakyat dianggotai oleh 222 Wakil Rakyat, iaitu ahli-ahli yang dipilih oleh kawasan pengundian masing-masing untuk penggal maksimum lima tahun.
  19. Jawatankuasa kira-kira negara yang dianggotai oleh parti pemerintahan dan pembangkang juga mengadakan beberapa siri mesyuarat bagi membincangkan isu ini.
  20. Cabang Eksekutif diketuai oleh Perdana Menteri Slovenia dan Majlis Kabinet Slovenia yang dianggotai Menteri-Menteri Slovenia yang dilantik oleh Parlimen Slovenia.
  21. EDQM dianggotai oleh ahli farmasi, kimia, biokimia, biologi, statistik, arkib, juruteknik dan jurutera yang membuat kajian menguji kualiti ubat yang dihasilkan di Eropah.
  22. Pada mulanya, Pasukan Ekspedisi British dianggotai oleh anggota sukarela, tetapi setelah ramai yang terbunuh dan cedera, anggota kerahan mula menyertai Pasukan Ekspedisi British.
  23. Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA, dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen meskipun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan.
  24. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa2 lain seperti 08,18,24,30,35,36,360,77,99,313 dan lain-lain.
  25. Pesaka malaysia telah dianggotai oleh empat anggota bertaraf badan pendiri Pesaka Malaysia iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia, Silat Lincah Malaysia dan Silat Cekak Malaysia.
  26. ICJ dianggotai oleh lima belas hakim yang dipilih oleh Perhimpunan Agung PBB dan Majlis Keselamatan PBB daripada suatu senarai mereka yang dicadangkan oleh kumpulan-kumpulan kebangsaan di Mahkamah Tetap Timbangtara.
  27. Pengiktirafan ini turut dibuktikan dengan kewujudan Mahkamah Anak Negeri bermula tahun 1920 yang dianggotai antaranya 3 pemimpin Melayu iaitu Imam Mustapa, Habib Sheikh dan OKK Abdullah bersama pembantu-pembantu mereka.
  28. Selain berketurunan Melayu, Cina, India dan Sikh, Rejimen Renjer Diraja juga dianggotai oleh anggota terdiri dari rakyat bumiputera dari Sabah dan Sarawak serta Orang Asli serta terdapat juga bangsa Gurkha turut berkhidmat dalam rejimen ini.
  29. Pertubuhan Badminton Antarabangsa (kini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Dunia) yang telah ditubuhkan pada 1934 yang dianggotai Kanada, Denmark, England, Perancis, Belanda, Ireland, New Zealand, Scotland, dan Wales sebagai anggota pengasas.
  30. Majlis Keselamatan PBB adalah majlis yang dianggotai oleh sebilangan ahli-ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan lima daripadanya adalah anggota tetap yang mempunyai kuasa pembatal ; iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, China dan Rusia.
  31. Rakyat Itali memilih parlimen yang terdiri daripada dua dewan, iaitu Dewan Rakyat yang dianggotai oleh 630 orang ahli, dan Senat Republik (Senato della Repubblica) yang terdiri daripada 315 ahli yang dipilih serta sebilangan kecil senator seumur hidup).
  32. Pada 1960, sebuah majlis penasihat yang dianggotai penduduk Solomon telah digantikan dengan sebuah majlis perundangan; dan sebuah majlis mesyuarat kerajaan telah dicipta sebagai badan yang bertanggungjawab membuat polisi baru untuk protektorat tersebut.
  33. Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privi (Judicial Committee of the Privy Council) yang turut dianggotai oleh ahli-ahli Mahkamah Agung, merupakan mahkamah rayuan tertinggi untuk beberapa negara Komanwel merdeka, Wilayah Luar Negeri dan Wilayah Tanggungan Mahkota British.
  34. Pada hari yang sama, Dong Jiao Zong dan beberapa buah pertubuhan lain mengadakan pertemuan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan memutuskan untuk mengemukakan satu bantahan, yangdianggotai ibu bapa dan guru sekiranya isu itu tidak diselesaikan dalam masa dua minggu.
  35. Parlimen United Kingdom yang bersidang di Istana Westminster terdiri daripada dua dewan, iaitu Dewan Rakyat yang dianggotai oleh wakil terpilih, dan Dewan Pertuanan (House of Lords) yangdianggotai oleh wakil lantikan, dan mana-mana Rang Undang-undang yang diluluskan memerlukan Perkenan Diraja supaya terbentuknya undang-undang baru.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...