Wednesday 27 April 2016

Contoh Ayat Perkataan "perlombongan"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "perlombongan" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Pelabur China banyak melabur dalam perlombongan tembaga.
  2. Masalahnya adalah hak yang diberi adalah untuk perlombongan dan bukannya pertanian.
  3. Sehingga tahun 1820-an, perlombongan bijih timah merupakan perusahaan orang Melayu.
  4. Selain itu sektor perlombongan masih menguntungkan (tembaga, besi, marmar, dan gipsum).
  5. Di Malaysia, perlombongan tembaga secara komersil bermula pada tahun 1975 di Mamut, Sabah.
  6. Ampang yang yang dulunya hutan belantara telah diterokai bagi kerja-kerja perlombongan ini.
  7. Sungai Kinta dan Sungai Bidor menjadi tempat perlombongan bijih timah sekitar tahun 1850-1980.
  8. Sumber air penting untuk proses perlombongan bijih timah kerana kaedah perlombongan palong digunakan.
  9. Ia merupakan syarikat perlombongan emas yang terpenting di Tanah Melayu dan ditutup pada tahun 1960-an.
  10. Ngah Ibrahim membantu Kumpulan Hai San dan akhirnya mendapat semula kawasan perlombongan mereka di Klian Pauh.
  11. Kerja-kerja pencarian dan perlombongan bijih timah di Ampang ini telah membuka banyak kawasan dan penempatan baru.
  12. Keadaan ini jelas dilihat mulai tahun 1820-an, apabila orang Cina mula melibatkan diri dalam perlombongan bijih timah.
  13. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak perlombongan dan sebagainya.
  14. Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang China.
  15. Ketika perlombongan bijih timah besar-besaran, Sungai Linggi merupakan jalan pengangkutan utama untuk pedagang bijih timah.
  16. Ketika era penjajahan British dan pasca merdeka, Ampang pernah menjadi kawasan perlombongan bijih timah yang terpenting di Selangor.
  17. Dinyatakan bahawa di Pahang terutamanya di Kuala Lipis, perlombongan emas telah dijalankan selewat-lewatnya semenjak abad ke-16 lagi.
  18. Seremban yang awalnya dikenali sebagai Sungai Ujong membangun bukan sahaja sebagai kawasan perlombongan tetapi juga pusat perniagaan.
  19. Akibat undang-undang perkauman ini, rakyat Afrika terpaksa bekerja di ladang, kawasan perlombongan dan kilang milik rakyat kulit putih.
  20. Dalam tahun 1879, pendapatan cukai terhadap perlombongan bijih timah dari Perak dan Selangor masing-masing berjumlah $281823 dan $107558.
  21. Beliau mula membangunkan Kuala Lumpur dari sebuah tempat kecil yang tidak dikenali menjadi bandar perlombongan yang giat sekali ekonominya.
  22. Selain itu, sikap orang Melayu yang menganggap perlombongan itu hanya merupakan pekerjaan sambilan menyebabkan perkembangannya tidak pesat.
  23. Setelah ditutup pada tahun 1999, perlombongan tembaga di Mamut mendatangkan hasil sebanyak 133.9 juta ton bijih tembaga sepanjang tempoh perlombongan.
  24. Perlombongan di Tanah Melayu selalunya merujuk kepada perlombongan bijih timah memandangkan hasil perlombongan logam lain seperti emas adalah terlalu sedikit.
  25. Kuantan mula diberikan perhatian sebagai pusat perdagangan, khususnya berkaitan aktiviti perlombongan bijih timah di pekan Sungai Lembing dan Gambang berdekatan.
  26. Ia memaparkan pelbagai jenis artifak yang menarik dan memberi maklumat tentang sejarah pembangunan bandaraya Ipoh terutamanya dalam sektor perlombongan bijih timah.
  27. Di sinilah aktiviti perlombongan bijih timah bermula di Kuala Lumpur, menjadi pemangkin kejayaan ekonomi Semenanjung Tanah Melayu seterusnya negara Malaysia sekarang.
  28. Di rantau Asia Tenggara contohnya, kawasan yang menjadi tapak perlombongan tembaga prasejarah terletak di Phu Lon pada Sungai Mekong, Thailand yang bertarikh kira-kira 1500 S.M.
  29. Kegiatan perdagangan di Tanah Melayu merupakan lanjutan daripada kegiatan perlombongan memandangkan bahan-bahan perdagangan itu sendiri lebih berasaskan kepada bahan-bahan mentah.
  30. Pada tahun 1840-an, perusahaan ini mula bertukar corak dengan penemuan kawasan baru, kemasukan modal Cina dan pengenalan cara-cara perlombongan yang lebih efektif oleh orang Cina.
  31. Kini, secara radikal penemuan mendapan minyak di Daerah Cayo dan kemungkinan mendapan di Daerah Toledo menukar perlombongan dan kemampuan pembuatan Belize yang belum dimanfaatkan.
  32. Nama Ampang berasal daripada pembinaan empangan yang dibina dari Bukit Belacan hingga ke kawasan bandar Ampang oleh pelombong berbangsa Cina untuk kerja-kerja perlombongan bijih timah.
  33. Gangguan bekalan timah menyebabkan pedagang Cina di Pulau Pinang, yang membuat pelaburan besar di dalam industri perlombongan bijih, merasa rimas dan resah, kerana perniagaan mereka kini terjejas.
  34. Cecil Rhodes ahli politik dan perniagaan British yang terkenal sebagai pengasas syarikat de Beers di Afrika Selatan telah mendapat hak perlombongan daripada Raja Lobengula, iaitu raja puak Ndebele.
  35. Bekas pelombong yang bekerja di kawasan perlombongan yang kaya dengan hasil bijih timah di negeri Perak iaitu di kawasan Larut, Matang, Taiping dan Selama adalah yang mula-mula membuka Daerah kulim.
  36. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak kongsi gelap pendatang Cina yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu.
  37. Sedangkan terdapat aktiviti perlombongan di Pulau Krismas sejak bertahun-tahun lagi, 65% dari keseluruhan 135 kilometer persegi keluasan pulau ini kini merupakan Taman Negara, selain daripada banyak kawasan hutan dara.
  38. Kennedy, perlombongan emas mungkin telah dijalankan berhampiran dengan Melaka pada zaman Neolitik lagi dan kenyataan ini mungkin benar kerana semenjak dahulu, emas merupakan dagangan yang penting di Tanah Melayu sehinggakan Tanah Melayu dikenali sebagai Semenanjung Emas atau Semenanjung Kencana.
  39. Perjanjian ini ditandatangani bagi menghentikan pertumpahan darah akibat dari 2 peristiwa utama iaitu perebutan takhta di antara kerabat - kerabat diraja Perak sebaik sahaja kemangkatan Sultan Jaafar dan peperangan diantara Puak Ghee Hin dan Hai San di Larut untuk merebut kawasan perlombongan bijih timah di Jajahan Larut Taiping.
  40. Sebelum ini Sata menuduh syarikat asing menjadikan rakyat Zambia sebagai hamba, tidak memperdulikan keselamatan dan budaya tempatan.Menurut Bank Dunia, rizab tembaga selama 70 hingga 75 peratus daripada perolehan eksport, tetapi industri perlombongan secara keseluruhannya menyumbang hanya kira-kira 10 peratus daripada hasil cukai Zambia.Sata telah juga mempersoalkan data eksport tembaga dan beberapa pakar-pakar berkata kebimbangan itu adalah sah.
  41. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...