Tuesday 13 September 2016

Contoh Ayat Perkataan "hasrat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "hasrat" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Pada 5 Julai 2004, Steven Gerrard secara terbuka menyatakan hasrat untuk meninggalkan Liverpool.
  2. Dalam surat tersebut, Abdullah menyatakan hasrat untuk meletakkan Perak di bawah naungan Inggeris.
  3. Kelab tersebut ditubuhkan dengan hasrat untuk menyaingi pasukan-pasukan bola sepak lain di Belanda.
  4. Pada akhir abad ke-19, Korea menjadi sasaran negara kuasa besar yang mempunyai hasrat untuk menjajahnya.
  5. Tenaga Nasional Berhad telah menyatakan hasrat ingin menggunakan sumber hidroelektrik dari Sarawak menjelang 2012.
  6. Program itu memenuhi hasrat dan pendekatan Islam Hadhari yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
  7. Pada permulaan hidupnya, Imam Malik bercita-cita menjadi biduan tetapi ibunya menasihatkan supaya beliau memadam hasrat itu.
  8. Semasa Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, Malaysia, dua bandar menyatakan hasrat menjadi tuan rumah acara ini; Melbourne dan Wellington, New Zealand.
  9. Perlembagaan Republik dipinda untuk menggantikan tuntutannya terhadap wilayah Ireland Utara sambil mengakui hasrat nasionalis demi Ireland yang bersatu.
  10. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia akan tetapi telah menarik diri akibat tentangan sebahagian rakyat Brunei.
  11. Pada bulan April 2013 kerajaan Putrajaya menandatangani surat hasrat dengan kerajaan Sejong City di Korea Selatan untuk menandakan kerjasama antara kedua-dua bandar-bandar.
  12. Pada September 1987, satu rombongan Dong Jiao Zong telah menemui Timbalan Menteri Pendidikan Encik Woon See Chin untuk menyampaikan hasrat mereka agar pelantikan berkenaan ditarik balik.
  13. Keesokan paginya, Rick Parry Ketua Eksekutif Liverpool mengumumkan bahawa Steven Gerrard telah menghubungi beliau pada pagi tersebut dan menyatakan hasrat untuk terus berada di Liverpool.
  14. Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama untuk pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah Melayu terhadap kemerdekaan.
  15. Tidak beberapa lama kemudian, wakil kumpulan baju merah digelar Cintakan keamanan (anti-Bersih 4) Jamal Md Yunos, mengatakan pihaknya membatalkan hasrat untuk mengadakan demonstrasi pada 29-30 Ogos ini dan memilih tarikh lain.
  16. Akhirnya, pada 15 Ogos 1947, India mencapai kemerdekaan dari cengkaman British, namun kemudiannya dipecahkan untuk memenuhi hasrat Liga Muslim, sepanjang sempadan keagamaan untuk menghasilkan negara-bangsa Islam iaitu Pakistan.
  17. Seperti yang telah dinyatakan oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ke-3 iaitu U Thant, kemerdekaan Borneo Utara adalah hasil daripada hasrat majoriti rakyat wilayah tersebut sendiri pada pilihan raya 1963.
  18. Dalam teks tersebut, mereka menemui hasrat untuk memperkembangkan dan menambah lagi pengetahuan mereka secara keduniaan; satu sentimen yang sangat berbeza kepada kerohanian transendental yang ditekankan oleh Kristian pertengahan.
  19. Adalah hasrat saya yang nyata bahawa ketika menganugerahkan hadiah-hadiah berkenaan kewarganegaraan para calon tidak dipertimbangkan langsung, agar yang paling sewajarnya akan menerima hadiah, sama ada dia itu orang Scandinavia atau tidak.
  20. Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP.
  21. Selepas pembunuhan Park, Korea Selatan sekali lagi dilanda pergolakan politik, kerana semua ketua pembangkang yang ditindas sebelum ini berkempen untuk merebut jawatan presiden, tetapi hasratmereka dipatahkan oleh Kudeta 12 Disember 1979 oleh Jeneral Chun Doo-hwan.
  22. Bagaimanapun ia tidak bermaksud yang Maharaja Srivijaya telah memeluk Islam, tetapi mungkin untuk menunjukkan hasrat Sri Indravarman yang ingin mendalami undang-undang dan budaya rakan dagang Srivijaya dan tamadun-tamadun di sekitarnya seperti China, India dan Timur Tengah.
  23. Namun pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan dakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka.
  24. Perang di rantau ini sampai ke kemuncaknya dengan pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki, dan serangan pengeboman udara besar yang lain oleh Pasukan Udara Tentera Darat Amerika Syarikat, diikuti oleh penjajahan Manchuria oleh Kesatuan Soviet pada 8 Ogos 1945, lantas menjurus kepada pengumuman hasrat menyerah diri oleh Jepun pada 15 Ogos 1945.
  25. Pada tahun 1540, Xavier diutuskan ke istana Portugal oleh Ignatius bagi memenuhi hasrat John III, Raja Portugal, yang inginkan mubaligh-mubaligh Jesuit dihantar ke Hindia Timur Portugis kerana baginda mempercayai bahawa nilai-nilai Kristiani di kalangan peneroka-peneroka Portugis semakin terhakis di wilayah-wilayah tersebut, terutamanya di Goa.
  26. Pada bulan Oktober 2005, syarikat induk Al Jazeera Satellite Network secara rasmi mengumumkan hasrat berkenaan dan 13 bulan kemudian, Al Jazeera English secara rasmi memulakan siaran tepat pada pukul 8 malam waktu Malaysia bersamaan 15 November 2006 kepada lebih 80 juta isi rumah seluruh dunia, sekali ganda lebih daripada sasaran awal saluran tersebut.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...