Tuesday 13 September 2016

Contoh Ayat Perkataan "membangkitkan"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "membangkitkan" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Bagaimanapun, rasa hormat ini juga telah membangkitkan reaksi yang negatif.
  2. Inilah yang membangkitkan variasi genetik, iaitu benih kepada kejadian evolusi.
  3. Kedatangan Amerika selama Perang Dunia II, membangkitkan nasionalisme di pulau Vanuatu.
  4. Pelantikan anaknya, Faure Gnassingbe, oleh tentera Togo sebagai presiden membangkitkan pengutukan antarabangsa yang meluas.
  5. Permodenan Iran yang bermula pada lewat kurun ke sembilan belas, membangkitkan keinginan untuk berubah oleh orang-orang Parsi.
  6. Paus di Itali kemudiannya meninggalkan kepentingan sekularnya bagi membangkitkan semangat anti-Islam di samping ingin melancarkan Perang Salib yang baru.
  7. Zhou sedang bekerja di sebuah bank di bandaraya New York apabila beliau memutuskan untuk kembali ke China untuk membantu membangkitkan negara selepas perang.
  8. Ahli teori statistik mengkaji dan menambah baik prosedur statistik menggunakan matematik, dan penyelidikan statistik sering membangkitkan persoalan matematik.
  9. Antaranya, Zaman Pendudukan Jepun itu telah membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat tetapi masalah perpaduan telah diwujudkan serta masyarakat menjadi kucar-kacir.
  10. Beliau dan "generasi kedua" ahli-ahli politik Melayu memperlihatkan keperluan untuk mengendalikan ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman.
  11. Satu contoh gaya "antarabangsa" yang amat berpengaruh di Amerika Syarikat ialah Bangunan Seagram yang menonjol kerana mukanya yang dilengkapi rasuk I berwarna gangsa untuk membangkitkanstruktur bangunan.
  12. Selain daripada itu, semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu.
  13. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkankekacauan perkauman di dalam negara.
  14. Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia.
  15. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum.
  16. Amalan qigong dan seni-seni yang serupa bukan untuk membangkitkan tenaga yang memang wujud di dalam badan, tetapi untuk memperbaik pengalirannya supaya mengukuhkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit dan mengelakkan sebarang masalah kesihatan.
  17. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.
  18. daripada Demokratik (termasuklah John Conyers daripada Michigan) telah membangkitkan isu pelanggaran peraturan pengiraan undi di Ohio apabila Kongres ke-109 mula bersidang, tetapi usul mereka ditolak dengan 31 undi menyokong kepada 267 undi menolak di Dewan Perwakilan manakala di Senat ditolak dengan 74 undi menentang dan hanya 1 undi menyokong.
  19. Pihak British telah mempunyai rancangan bagi melewatkan pendaratan Jepun di Selatan Thailand tetapi Ketua Marshal Udara Sir Robert Brooke-Popham, Panglima Tertinggi bagi Markas Gerakan Timur Jauh British menolak memberikan kebenaran bagi melancarkan Operasi Matador dan Operasi Krohcol sebelum serangan Jepun, bagi mengelakkan risiko membangkitkan perang yang akan meletus.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...