Contoh Ayat menggunakan Perkataan "larva" dalam bahasa Melayu
- Keadaan terdedah kepada udara menyebabkan larva mula bernafas.
- Peringkat larva bagi pepatung yang besar boleh mencecah sehingga 5 tahun.
- Pada peringkat ini, lebah pekerja akan memberi larva makan debunga dan nektar.
- Setelah beberapa hari, larva bertukar kepada pupa dan seterusnya menjadi anak lebah.
- Badannya lebih besar kerana pada peringkat larva ia diberi makan jeli raja yang kaya dengan khasiat.
- Ia melalui beberapa peringkat hidup bermula dengan larva terapung dan bergerak di dasar laut apabila dewasa.
- Telur-telur mereka menetas menjadi larva akuatik yang dipanggil berudu yang mempunyai ekor dan insang dalaman.
- Semut sedikit sebanyak melindungi larva ini; sebagai balasan, larva menolong semut mengumpulkan rembesan madu.
- Kulit larva atau juga digelar sebagai kepompong akan terbuka pada bahagian yang lemah dan lembut di belakang kepala.
- Ketika ini, larva berhenti makan dan mula mencari tempat yang sesuai untuk bertukar menjadi pupa, lazimnya di bawah daun.
- Apabila larva telah bersedia untuk menjalani metamorfosis menjadi dewasa,ia akan memanjat lalang air atau tumbuhan terapung.
- Di akhir setiap instar, larva itu bersalin kulit lamanya, maka kulit baru berkembang lalu mengeras dan menghasilkan pigmen dengan cepat.
- Penting disedari di sini adalah Nematomorpha, atau cacing "horse-hair", yang mempunyai larva parasit dalam arthropod dan dewasa yang hidup bebas.
- Kemudian, pepatung dewasa akan merangkak keluar dari kulit larva yang lama lalu mengembangkan sayapnya dan terbang mencari lalat atau serangga kecil sebagai makanan.
- Kebanyakan spesies melalui peringkat larva yang agak lama, dan ada yang mampu menjadi dorman ketika dalam peringkat pupa atau telur agar dapat mengharungi musim sejuk.
- Cakera kepak berkembang seiringan dengan trakea yang terletak di sepanjang tapak kepak, dan dikelilingi oleh membran peripodial yang nipis dan berpaut pada epidermis luaran larva dengan duktus yang halus.
- Kepak atau anak kepak tidak kelihatan di luar larva, tetapi apabila larva dibedah, kelihatannya cakera kepak yang halus dan berkembang pada segmen toraks kedua dan ketiga di tempat spirakel yang kelihatan pada segmen abdomen.
- Cakera kepak amat kecil sehinggalah instar larva terakhir, apabila ia bertambah besar dengan begitu cepat, dilanda oleh trakea yang bercabang dari tapak kepak yang mendahului pembentukan urat kepak, dan mula mengembangkan corak-corak yang berkaitan dengan beberapa tanda tempat kepak.
- Menjelang akhir setiap instar, larva menjalani proses yang dipanggil apolisis, yang mana kulit ari, iaitu lapisan luaran keras yang diperbuat daripada campuran kitin dan protein-protein khusus, dikeluarkan dari epidermis yang lembut di bawahnya, maka epidermis membentuk kulit ari yang baru di bawah.
- Telur kupu-kupu dilindungi oleh kulit berabung keras yang dipanggil korion ditutupi dengan salutan lilin yang melindungi telur daripada terjemur sebelum larva sempat berkembang sepenuhnya., Setiap telur mengandungi liang-liang berbentuk corong yang halus di satu hujungnya, iaitu mikropil yang bertujuan membolehkan kemasukan sperma untuk mensenyawakan telur.
No comments:
Post a Comment