Wednesday 25 January 2017

Contoh Ayat Perkataan "sederhana"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "sederhana" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Iklim Austria bersifat sederhana dan dingin.
  2. Penyakit yang serupa, lebih sederhana disebabkan oleh B.
  3. Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai.
  4. Di kawasan hawa sederhana sejuk seperti di Britain, pertanian campur dijalankan.
  5. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak.
  6. Johor Bahru membangun pada kadar yang sederhana antara Perang Dunia Pertama dan Kedua.
  7. Negara ini mempunyai keluasan sekitar 357,021 kmx dan mengalami iklim sederhana bermusim.
  8. Manusia-manusia awal menjalani kehidupan yang sederhana dengan menjalankan aktiviti pemburuan.
  9. Cendawan tiram banyak didapati dalam hutan beriklim hawa sederhana dan subtropika di seluruh dunia.
  10. Di sini juga di jalankan penanaman tanaman hawa sederhana seperti teh, bunga-bungaan dan sayur-sayuran.
  11. Ahmadinejad hidup sederhana seperti pemimpin-pemimpinnya, Imam Khomeini dan Ayatullah Sayyid Ali Khamenei.
  12. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia.
  13. Kereta api jenis ini selalunya bergerak sederhana laju dan mengambil masa berhari hari untuk sampai ke destinasi.
  14. Masalah yang dihadapi oleh negara dari masalah sistem pencen hingga ke dadah berikutan pengangguran sederhana tinggi.
  15. Demamnya sederhana hingga sangat panas, dan pada tahap inilah basilus tularemia boleh diasingkan daripada kultur darah.
  16. Sejak perpindahan ini Palembang hanya menjadi bandar pelabuhan sederhana yang tidak bererti lagi bagi para peniaga asing.
  17. Oksigen mempunyai pengkhayalan sederhana dan digunakan sebagai bahan perangsang semenjak abad ke-19 lagi sehingga sekarang.
  18. Sydney mempunyai cuaca subtropika lembap dengan musim panas yang panas dan lembap, dan musim dingin adalah sederhana dan lembap.
  19. Cendawan ini juga mempunyai jumlah tenaga yang amat rendah iaitu lima cendawan butang bersaiz sederhana bersamaan hanya 20 kalori.
  20. Daerah Segamat merupakan daerah yang mempunyai tahap kemajuan yang sederhana berbanding dengan daerah-daerah di Wilayah Johor Barat.
  21. Majlis yang diadakan secara sederhana ini turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan daripada Jabatan Perdana Menteri dan Istana Negara.
  22. Keindahan sederhana geometri Euclid telah dilihat dalam budaya barat sebagai bayangan satu sistem kesempurnaan dan kepastian yang unik.
  23. Ekonomi Tanjung Verde telah bertumbuh sejak lewat dekad 1990-an, dan kini dianggap sebagai sebuah negara yang sederhana perkembangannya.
  24. Sokongan ini, berangkaian dengan orang sederhana dan mekanisme rasuah biasa, memastikan penanam kopi kebanjiran pengaruh dengan kerajaan.
  25. Musim luruh adalah musim peralihan yang ditandai dengan suhu sederhana dan angin berubah-ubah dan membawa cuaca yang paling menyenangkan.
  26. Sejarah kehidupan di Bumi baru dimulai sekitar 3.500.000.000 tahun lalu dengan munculnya mikroorganisme sederhana iaitu bekteria dan alga.
  27. Truman, yang gaya peribadinya amat berbeza dengan ningrat Roosevelt, juga merupakan seorang presiden yang bersikap sederhana dan rendah hati.
  28. Setelah bermula dengan sederhana pada musim 1983-84, prestasi Aberdeen meningkat dan mereka memenangi gelaran liga dan mempertahankan Piala Scotland.
  29. Perancis Metropolitan terletak di antara selarian 41x dan 50x Utara, pada sisi barar Eropah dan maka itu, terletak dalam lingkungan zon sederhana utara.
  30. Sesetengah pemerhati telah membuat spekulasi bahawa ujian peluru berpandu jarak sederhana telah menjadi umpan untuk mengalih fokus dari peluru Taepodong-2.
  31. Kawasan perindustrian ringan dan sederhana khususnya terletak di Tebrau, Tampoi, Senai, Skudai dan Kulai, iaitu di daerah metropolitan utara dan barat laut.
  32. Bahagian pantai Jajahan Krasnodar di Laut Hitam, terutamanya di bandar Sochi, mengalami iklim subtropika lembap dengan musim sejuk yang sederhana dan lembap.
  33. Kenyataannya, hanya sedikit penduduk yang menikmati kekayaan Gabon, sehingga taraf hidup kebanyakan penduduknya tetap sederhana meskipun KDNK relatif tinggi.
  34. Gempa bumi Sabah 2015 pada ukuran sederhana 6.0 skala richter berlaku di sekitar Ranau, Sabah berdekatan Gunung Kinabalu pada jam 7.15 pagi, hari Jumaat 5 Jun 2015.
  35. Rejimen Artileri kini dilengkapi dengan pelbagai meriam jarak dekat dan sederhana (45 km),sistem pelancar roket berganda (90 km), meriam serta peluru berpandu anti pesawat.
  36. Dalam bidang geografi, kawasan bermusim atau kawasan beriklim sederhana meliputi kawasan sederhana sejuk dan panas yang lebih luas di hemisfera utara daripada hemisfera selatan.
  37. Aksara-aksara Cina tradisional juga digunakan untuk tulisan Hanja Korea, manakala aksara tradisional yang diperingkas secara sederhana digunakan dalam tulisan Kanji Jepun moden.
  38. Sebaliknya, peneroka ini mendapati tempat ini kaya dengan tanah yang subur untuk pertanian dan iklimnya yang sederhana amat sesuai untuk tanaman beriklim sederhana seperti di Eropah.
  39. Negeri Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang sederhana di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai.
  40. Iklim di Argentina secara keseluruhannya adalah sederhana dengan iklim-iklim bertentangan yang meliputi iklim subtropika di utara sehinggalah tandus atau gersang (sub-Antartika) jauh di selatan.
  41. Mereka mengaitkan kemenangannya dengan imej 'Mardomyar' atau sahabat rakyat sehingga golongan sederhana pun mengundi beliau meskipun mengetahui beliau sangat keras berpegang kepada khattul-Imam.
  42. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang.
  43. Hari ini Filipina menikmati pertumbuhan ekonomi yang sederhana disebabkan peyumbangan tenaga kerja yang banyak di luar negara, pertambahan pelaburan ke atas industri teknologi maklumat, dan tenaga kerja yang murah.
  44. Kedua buah tersebut memang mudah untuk disediakan iaitu dengan merendamkannya ke dalam air sederhana panas untuk beberapa minit sehingga ia menjadi lembut dan kemudian ditoskan airnya lalu dicampur dengan sedikit garam dan ia sudah sedia untuk di makan.
  45. Mexico mempunyai satu ekonomi pasaran bebas dan telah ditubuhkan dengan kukuh sebagai satu negara pendapatan sederhana atas dan ia adalah ekonomi yang terbesar ke-12 di dunia seperti yang diukur dalam Keluaran Dalam Negara Kasar dalam pariti kuasa beli.
  46. Kekurangan air yang dihadapi oleh banyak negara yang sederhana besarnya, termasuk Algeria, Iran, Mesir, dan Mexico, telah mendorong import bijian secara besar-besaran, dengan itu mungkin akan dilakukan juga oleh negara yang lebih besar seperti China dan India.
  47. Nisbah campuran dengan warna penggenap akan menentukan nilai kuasanya.Kuasa warna kroma boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu cerah, sederhana dan pudar Warna kroma menggambarka kesan yang lebih pudar daripada warna asalnya.Hasil karya catan yang menggunakan warna kroma dapat menimbulkan perasaan rindu, sunyi, sedih dan nostalgia
  48. Namun demikian, tarikh bermulanya empat musim ini ada kaitannya dengan tropika, biarpun tarikh-tarikh tersebut hanya dipakai di kawasan-kawasan beriklim sederhana dan kawasan kutub, yang mana tarikh permulaan solstis musim sejuk sahaja yang berguna di kawasan tropika kerana solstis musim panas berlaku apabila Matahari berada di zenit, yang berlaku pada tarikh berlainan di latitud berbeza.
  49. Susulan pertukaran nama, kelab ini mencapai kejayaan sederhana pada tahun 1920an; dibawah pengurusan Peter Hodge, yang meninggalkan kelab itu pada bulan Mei 1926 dan digantikan dua bulan kemudian oleh Willie Orr dan dengan penjaring gol rekod, Arthur Chandler berada dalam pasukan itu, mereka memenangi kejuaraan Divisyen Dua pada musim 1924–25 dan merekodkan kedudukan tertinggi mereka dalam liga pada musim 1928–29 sebagai naib-juara.
  50. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...