Wednesday 25 January 2017

Contoh Ayat Perkataan "sebagainya"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "sebagainya" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Sukan rakyat seperti tuju guli, galah panjang, batu seremban dan sebagainya lebih banyak dimainkan oleh kanak-kanak.
  2. Dalam tempoh yang lebih lewat, penggunaan pam kelikir dan sebagainya telah merangsangkan hasil pengeluaran terus meningkat.
  3. Dalam soal perkembangan perdagangan, beberapa aspek yang berkaitan seperti sistem pengangkutan, perkapalan dan sebagainya telah dibincangkan.
  4. Monumen-monumen Mesir Purba seperti Piramid Giza, Sphinx, Kuil Luxor dan sebagainya menjadi tarikan berjuta-juta pelancong luar negeri setiap tahun.
  5. Di antara kegiatan yang mereka lakukan ialah mereka memburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian.
  6. Sijil kemahiran dari badan profesional seperti CCNA certificate, Linux Red Hat certificate, dan sebagainya amat diperlukan bagi mendapat tempat di syarikat multinasional.
  7. Memasang rangkaian, router, switch, kabel dan sebagainya pada sesebuah kawasan serta konfigurasi server di sesebuah syarikat adalah antara kerjaya sebagai jurutera rangkaian.
  8. Sebenarnya, binaan-binaan garis di atas kertas dan sebagainya adalah model-model objek yang lebih baik ditakrifkan di dalam sistem formal, daripada hanya contoh-contoh objek berkenaan.
  9. Niat menunaikan haji hendaklah ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah seperti perasaan riya’ iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan ALlah
  10. Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat, ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.
  11. Pejabat Agama menjalankan pentadbiran dalam hal-hal yang bersangkut dengan masyarakat Islam seperti urusan zakat, Baitulmal, dakwah, pendidikan,pengurusan masjid dan sebagainya mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia.
  12. Dari segi syarak pula, ia membawa maksud mengunjungi rumah Allah dalam bulan-bulan haji atas sebab melakukan pekerjaan seperti wukuf di Arafah, tawaf, sa'i dan sebagainya menurut syarat-syarat dan rukun-rukun tertentu dengan niat semata-mata kerana Allah.
  13. Kesannya banyak bercampur-campur setelah ketiadaan cengkaman mekanikal menyebabkan pereka-pereka yang lebih bijak menutup kepincangan ini dengan cengkaman aerodinamik - menolakkan lebih daya pada tayar melalui sayap, alatan aerodinamik dan sebagainya - yang turut menyebabkan kurangnya pemotongan dalam perlumbaan kerana alatan-alatan ini sering menyebabkan ekor kereta menjadi 'kotor' lalu menghalang kereta lain daripada merapatinya, akibat pergantungannya kepada udara 'bersih' untuk memastikan kereta masih di atas trek.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...