Tuesday 24 January 2017

Contoh Ayat Perkataan "ehwal"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "ehwal" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Bertanggungjawab dalam tugas-tugas hal ehwal perhubungan awam.
  2. Hal ehwal kewangan mestilah dikendalikan oleh negeri masing-masing.
  3. Sebagai seorang pemimpin, beliau arif tentang hal ehwal keselamatan.
  4. Ia mungkin juga meminda legislasi, yang mana tidak berkaitan dengan hal ehwal kewangan.
  5. Ibu Olaf dan balu Haakon, Queen Margaret, menguruskan hal ehwal luar negeri Denmark dan Norway.
  6. Beliau adalah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang melibatkan hal ehwal negara.
  7. Walau bagaimanapun, pihak sultan pada realitinya hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam.
  8. Hal ehwal luar negeri Colombia diterajui oleh Presiden Colombia dan ditadbir oleh Menteri bagi Hal ehwal luar negara.
  9. Hong Kong juga berpeluang untuk memperolehi autonomi sepenuhnya di dalam semua perkara kecuali hal ehwal luar dan pertahanan.
  10. Semasa menjadi Tengku Mahkota, baginda turut terlibat sama dalam hal ehwal kerajaan negeri dan mengambil berat kebajikan rakyat.
  11. Walaupun kewujudan satu kerajaan tidak perlu untuk negara, negara tetap memerlukan kerajaan untuk mengawal hal ehwal dalamannya.
  12. Sejak 1993, EU juga mengamalkan Dasar Luar Negeri dan Keselamatan yang terhad, dan juga kerjasama dalam hal ehwal polis dan kehakiman.
  13. Pada tahun 1990, akhbar itu telah diterbitkan setiap hari dan menjadi sumber utama maklumat tentang hal ehwal tempatan dan luar negara.
  14. Pihak British bertanggunjawab dalam hal ehwal luar negeri dan keselamatan sementara negeri-negeri bertanggungjwab dalam polisi domestik.
  15. Beberapa pengulas hal ehwal semasa telah menganggap negara kepulauan Solomon ini sebagai sebuah bermula ketibaan bulan depan dibawah Operasi Helpem Fren.
  16. Al Jazeera, yang bermaksud "Semenanjung" dalam bahasa Arab, adalah saluran berita dan ehwal semasa 24 jam bahasa Arab yang beribu pejabat di Doha, Qatar.
  17. Negeri-negeri di sepanjang pesisir pantai Teluk Parsi memberikan kuasa pertahanan dan hal ehwal luar kepada Kerajaan United Kingdom pada kurun kesembilan belas.
  18. Dalam teori satu negara adalah entiti yang mempunyai autonomi luas dalam hal ehwal ekonomi dan sosial dalamannya dan bebas daripada pengaruh negara dan kuasa lain.
  19. Perjanjian Maastricht 1992 melihatkan banyak perubahan dalam pertubuhan ini, terutamanya dalam hal ehwal kewangan dan politik dan juga pengenalan nama "Kesatuan Eropah".
  20. Untuk membiasakan diri, baginda dengan hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran, Tengku Yahya Petra telah dilantik untuk memegang pelbagai jawatan utama dalam kerajaan negeri.
  21. Persidangan Pihak Berikat di Bretton Woods dan Yalta menggariskan sistem pertubuhan antarabangsa baru yang meletakkan AS dan Kesatuan Soviet sebagai tumpuan utama hal ehwal dunia.
  22. Pada tahun 1888, Brunei menjadi sebuah negeri di bawah perlindungan kerajaan British dengan mengekalkan kedaulatan dalam negerinya tetapi hal ehwal luar negara di bawah kawalan British.
  23. Sabah I telah dipilih oleh komunitinya yang terdiri terutamanya daripada saudagar-saudagar, dan ditugaskan untuk mentadbirkan hal ehwal negara, termasuk hal ehwal luar negeri dan pencukaian.
  24. Walaupun status Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi disangkalkan dan penglibatannya dalam hal ehwal pentadbiran dikurangkan, Bahasa Inggeris turut merupakan sebuah Bahasa Kedua yang penting.
  25. Al Jazeera English ialah saluran berita dan ehwal semasa bahasa Inggeris 24 jam yang beribu pejabat di Doha, Qatar, saluran pertama dan seumpamanya di dunia yang berpangkalan di Timur Tengah.
  26. Namun, selepas kejatuhan komunisme di Eropah Timur, Austria menjadi semakin aktif dalam hal ehwal Eropah dan pada 1995, Austria menyertai Kesatuan Eropah dan Euro menjadi matawang Austria pada 1999.
  27. Dengan pemulihan ekonomi Malaysia, telah terdapat satu permintaan yang seiring untuk program tempatan, termasuk berita, hal ehwal semasa, majalah-majalah, perbincangan, sukan, dokumentari, drama atau filem.
  28. Presiden Finland bertanggungjawab terhadap hal ehwal luar negeri sedangkan kekuasaan eksekutif dijalankan oleh kabinetnya, Valtioneuvosto atau Statsrxdet, yang terdiri dari Perdana Menteri dan menteri untuk berbagai jabatan.
  29. Beliau mendapati beberapa perjanjian yang dimeterai bersama Britain sebelum dia bertugas pada tahun 1906 di Siam merugikan Siam terutamanya hal ehwal perdagangan dua hala dan keistimewaan lain seperti dalam Bowring dan Perjanjian Rahsia (1897).
  30. Al Jazeera English menyiarkan rancangan terbitan umum seperti laporan dan analisis warta berita, rancangan umum ehwal semasa dan rencana, temuramah langsung, berita hiburan, laporan perniagaan dan sukan, melalui laporan yang objektif, tepat dan tidak berat sebelah.
  31. Memandangkan Britain masih mengawal hal ehwal luar negara Kanada di bawah Akta Pergabungan, pengisytiharan perangnya pada tahun 1914 secara langsung mengheret Kanada ke dalam Perang Dunia Pertama.Para sukarelawan yang dihantar ke Barisan Barat kemudiannya menyertai Kor Kanada.
  32. Status politik Puerto Rico ialah Komanwel Amerika Syarikat, sebuah wilayah teratur tidak diperbadankan, dengan status politik yang "memperuntukkan pemerintahan sendiri terhadap hal ehwal dan pentadbiran dalam negeri, tertakluk kepada bahagian-bahagian Perlembagaan dan undang-undang Amerika Syarikat.
  33. Selain daripada laporan dan analisis warta berita, Al Jazeera English turut menyiarkan rancangan terbitan umum dalam format definisi tinggi seperti program ehwal semasa & rencana umum, temuramah & debat langsung, cetera, hiburan dan sukan, melalui laporan yang objektif, tepat dan tidak berat sebelah.
  34. Walaupun status Yang di-Pertuan Besar diakui sebagai Raja, namun kuasa budi bicaranya terhad dan hendaklah mendapat persetujuan daripada Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin dalam beberapa aspek termasuk pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan, penangguhan pembubaran Dewan Undangan Negeri, penetapan dasar kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera di Negeri Sembilan dan hal ehwal agama Islam.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...