Tuesday 24 January 2017

Contoh Ayat Perkataan "lingua"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "lingua" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Bahasa Portugis kekal sebagai lingua franca di Afrika, Brazil, dan Timor Leste.
  2. Bahasa Inggeris juga dijadikan lingua franca dalam komunikasi kawalan trafik udara.
  3. Ketika zaman tamadun Keyunanian dan Empayar Rom, bahasa Yunani Koine dan Latin masing-masing dijadikan lingua franca.
  4. Ramai penduduk Eropah di luar lingkungan Kesatuan Eropah turut menerima bahasa Inggeris sebagai lingua franca masa kini.
  5. Taraf de facto yang dinikmati bahasa Inggeris sebagai lingua franca negara-negara tersebut melimpahkan pengaruh ke serata dunia.
  6. Istilah lingua franca juga memaksudkan bahasa yang dikhususkan dalam bidang tertentu, seperti bahasa Inggeris untuk kajian sains.
  7. Bahasa Sepanyol dijadikan lingua franca di seluruh bekas jajahan bahasa Sepanyol, terutamanya di Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
  8. Contoh, bahasa Inggeris adalah bahasa vernakular di England, tetapi di Filipina pula dijadikan bahasa penghubung (iaitu lingua franca).
  9. Sementara itu, bahasa Indonesia yang dilaraskan dari bahasa Melayu, dijadikan lingua franca di seluruh negara Indonesia dan Timor Leste.
  10. Bahasa Perancis kekal sebagai lingua franca di negara-negara Afrika Barar dan Tengah, sebagai kesan peninggalan penjajahan Perancis dan Belgium.
  11. Ketika pembinaan Snowy Mountains Scheme dijalankan di Australia, bahasa Jerman berfungsi sebagai lingua franca bagi para buruh dari Eropah tengah dan timur.
  12. Bahasa Teochew adalah sebagai lingua franca masyarakat Cina sehingga tahun 1970-an, dan sebahagian besar daripada jejak keturunan Cina mereka ke wilayah Chaoshan.
  13. Pada zaman kegemilangannya, bahasa Melayu Kuno digunakan sebagai bahasa rasmi dan menjadi lingua franca serantau, menggantikan Sanskrit, bahasa utama Hindu dan Buddha.
  14. Bahasa Parsi kekal sebagai lingua franca di tanah airnya Iran, Afghanistan dan Tajikistan, di samping juga pernah menjadi lingua franca India sebelum penaklukan British.
  15. Bahasa ini dipakai sebagai bahasa lingua franca, bahasa liturgis gereja dan bahasa ilmu pengetahuan, bahkan juga di daerah-daerah yang tidak pernah ditaklukkan kerajaan Romawi.
  16. Tradisi lama pembelajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua menghasilkan peluasannya sebagai lingua franca di Belanda dan Denmark, dan juga serba sedikit di Sweden dan Norway.
  17. Salah satu dari empat bahasa rasmi Singapura, iaitu bahasa Melayu Baba pernah menjadi lingua franca di republik tersebut sebelum diatasi oleh bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan.
  18. Di kebanyakan negara-negara tersebut, penggunaan bahasa Inggeris dilihat sebagai cara mengelakkan kesulitan politik yang timbul dari menjulang mana-mana bahasa pribumi sebagai lingua franca.
  19. Pada Zaman Pertengahan, bahasa Yunani menjadi lingua franca di sesetengah kawasan Eropah, Timur Tengah dan Afrika Utara yang dikuasai Empayar Byzantine, sementara bahasa Latin pula berleluasa di kawasan lain di Eropah.
  20. Bahasa Inggeris juga dianggap oleh sesetengah pihak sebagai lingua franca tidak rasmi sedunia, hasil kekuasaan ekonomi, kebudayaan dan geopolitik dari kebanyakan negara Barat maju dalam institusi kewangan dan perniagaan sedunia.
  21. Pada abad ke-14, ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dijadikan lingua franca di Kepulauan Melayu, tidak kira dituturkan oleh penduduk tempatan mahupun saudagar dan seniman yang mengunjungi Melaka melalui Selat Melaka.
  22. Lingua franca ditakrifkan berdasarkan fungsi, tanpa mengambil kira sejarah atau struktur bahasa itu: meskipun ada bahasa campuran (pijin dan kreol) yang berperanan sebagai lingua franca, namun kebanyakan lingua franca bukan bahasa campuran.
  23. Berbeza di Indonesia, Bahasa Indonesia berjaya menjadi bahasa perantaraan utama atau lingua franca untuk rakyatnya yang berbilang kaum kerana usaha gigih kerajaan Indonesia dalam menggalakkan penggunaan Bahasa Indonesia selain Bahasa Belanda yang tidak lagi digunakan.
  24. Ia mempunyai status lingua franca di kebanyakan bahagian di dunia, dianggap berpunca dari ketenteraan, ekonomi, sains, politik dan pengaruh budaya dari Empayar British pada abad ke-18, 19 dan awal abad ke-20 dan demikian di Amerika Syarikat dari awal abad ke-20 hingga kini.
  25. Bahasa Inggeris adalah bahasa dominan di United Kingdom, dan maka itulah sebagai kesan tinggalan pengaruh penjajahan UK, bahasa Inggeris menjadi lingua franca di Ireland, bekas jajahan Empayar British, wilayah British masa kini (seperti Bermuda, Kepulauan Falkland, dan Saint Helena), bekas wilayah British (seperti Hong Kong), wilayah A.S.
  26. Dalam dunia Irani sebelum menunduk kepada proses pembaratan, bahasa Parsi Baru yang dibentuk dalam bentuk sastera dalam maha karya seni... mencapai tarafnya sebagai lingua franca; lantas mencapai liputan paling luas pada zaman peralihan dari abad ke-16 ke abad ke-17 Masihi, liputannya sebagai lingua franca meluas tanpa henti merentasi muka Eropah Tenggara dan Asia Barat Daya.
  27. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa Inggeris di merata dunia adalah kesan jangkauan Empayar British, tetapi penetapan bahasa Inggeris sebagai lingua franca antarabangsa selepas Perang Dunia II banyak berpunca dari peluasan bahasa ini melalui peluasan kebudayaan dan teknologi dari Amerika Syarikat serta penekanan di institusi-institusi antarabangsa; contohnya, urutan kerusi dan panggilan nama di sesi PBB dan cabang-cabangnya mengikut susunan abjad Inggeris; padahal terdapat enam bahasa rasmi PBB, hanya dua bahasa adalah bahasa urusan.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...