Tuesday 24 January 2017

Contoh Ayat Perkataan "jauh"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "jauh" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Pada Jun 1997, Indonesia terlihat jauh dari krisis.
  2. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan.
  3. Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi.
  4. Pengunjung boleh menikmati aksi-aksi menarik bot kawalan jauh di sini.
  5. Sukan air seperti sukan bot kawalan jauh juga semakin diminati di Sibu.
  6. Keupayaan jarak jauh meningkatan pilihan penggunaan pesawat yang ketara.
  7. Istilah tumbuhan jauh lebih sukar untuk ditakrifkan dari anggapan biasa.
  8. Sebelum ini pengeboman Songkhla 2005 telah berlalu, tidak jauh dari sini.
  9. Pluto memang berbeza dengan planet lain, ia kecil, jauh dan orbitnya aneh.
  10. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul.
  11. Konsep ini adalah jauh daripada cara bagaimana istilah itu digunakan pada hari ini.
  12. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.
  13. Pola ini dapat di lihat pada genus Cryptosporidium yang berkait jauh dengan Plasmodium.
  14. Hampir semua pengkaji bersetuju bahasa manusia jauh lebih kompleks daripada bahasa haiwan.
  15. Oleh itu, adalah nyata bahawa hidupan zaman sekarang jauh berbeza dari hidupan zaman dahulu.
  16. Setelah jauh mengembara Batin Terjali dan pengikut-pengikutnya sampai di Bukit Kundik di Jelebu.
  17. Sistem perhubungan dasarnya merupakan komunikasi elektronik jarak jauh samada sehala atau dua hala.
  18. Pada tahun 1880, ibu negeri Selangor berpindah dari Klang ke Kuala Lumpur yang jauh lebih strategik.
  19. Sebelum ini ibu negeri Selangor terletak di Klang dan agak jauh dari kawasan yang maju di Kuala Lumpur.
  20. Kereta api jarak jauh seperti Trans-Siberia mempunyai kereta restoran, kereta penginapan dan sebagainya.
  21. Orang-orang Nubia membina lebih banyak piramid berbanding orang-orang Mesir, tetapi ia jauh lebih kecil.
  22. Lazimnya penempatan rumah panjang suku kaum Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi.
  23. Pilihan misi berubah dari misi rondaan, mengiring pesawat pemintas jarak jauh dan serangan udara ke darat.
  24. Rancangan ini dilaksanakan sebagai alternatif kepada Operasi Matador yang jauh lebih komprehensif dan besar.
  25. Pada penghujung kurun kelapan-belas menyaksikan Empayar Uthmaniyyah ketinggalan jauh berbanding kuasa Barat.
  26. Bandaraya ini terletak di tengah negeri Melaka dan tidak begitu jauh sekali dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
  27. Bagaimanapun, Candi Borobudur yang terletak tidak jauh dari tempat gempa bumi tidak mengalami banyak kerosakan.
  28. Jepun terus menjajah Asia tenggara, seluruh barat daya Pasifik dan menghulur cengkamannya jauh ke Lautan India.
  29. Gambar wayar atau foto wayar merupakan gambar akhbar yang dihantar dari lokasi jauh melalui telegraf faksimile.
  30. Objek yang lebih jauh dari Matahari adalah terdiri secara besarnya bahan dengan poin kecairan yang lebih rendah.
  31. Untuk perbadanan awam, tanggungjawabnya jauh lebih ketat dan rumit, berbanding dengan pertubuhan jenis yang lain.
  32. Tambahan pula, muatan haba tentu air cecair jauh lebuh tinggi berbanding dengan bahan-bahan yang membentuk daratan.
  33. Telefon jenis ini dapat menghantar pesanan mesej ringkas dan menelefon dari jarak yang jauh tanpa menggunakan wayar.
  34. Ketua ini biasanya merupakan kerabat jauh maharaja dan ahli rendah kepada salah satu daripada tiga keluarga bangsawan.
  35. Sebaliknya, satu dwilapisan lipid hanya sekitar lima nanometer tebal, jauh lebih kecil daripada panjang gelombang cahaya.
  36. Ia akan beroperasi jarak jauh dari armada kapal utama untuk menghalang bot torpedo dari sampai pada jarak tembakan torpedo
  37. Walau bagaimanapun, pemerhatian selanjutnya mendapati bahawa Pluto sebenarnya jauh lebih kecil, malah tidak sebesar Bulan.
  38. Ini bagaimanapun jauh lebih sedikit berbanding 1,667 orang yang ditahan dalam perhimpunan Bersih 2.0 pada tahun sebelumnya.
  39. Sejak abad ke-17, kerajaan dikuasai oleh oba, jauh melampaui sempadan Benin masa ini, meliputi sebahagian besar Afrika Barat.
  40. Pada satu segi yang lain, kepercayaan dan cara pemikiran Shinto terbenam jauh kedalam minda luar sedar masyarakat Jepun moden.
  41. Akhirnya, Microsoft Office menjadi suit pejabat paling berkuasa yang bahagian pasarannya jauh meninggalkan pesaing-pesaingnya.
  42. Lazimnya, takson-takson yang bersaudara rapat kurang bezanya berbanding yang lebih jauh bersaudara, tetapi dengan pengecualian.
  43. Sebelum perkhidmatan telefon jarak jauh boleh didapati dengan mudah dan pada harga yang murah, perkhidmatan telegram amat popular.
  44. Lancaran ketiga peluru terakhir, termasuk peluru jarak jauh Taepodong-2, muncul beberapa jam kemudian daripada ketiga yang awalnya.
  45. Iklim Itali beraneka ragamnya, dan bergantung pada keadaan setempat, ia mungkin jauh bezanya dengan stereotaip iklim Mediterranean.
  46. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis.
  47. Salah satu ciri metabolisme ialah persamaan laluan asas metabolik dan komponen semua organisma meskipun dari spesies yang jauh berbeza.
  48. Sesetengah ahli sejarah mengatakan bahawa raja yang muda itu jatuh cinta dengan Catherine, duda abangnya yang jauh lebih tua daripadanya.
  49. Kayu balak masih merupakan sumber hasil yang penting, meskipun banyak hutan di timur telah dibalak jauh lebih cepat daripada pemulihannya.
  50. Spesies kripta merupakan spesies yang kelihatan amat serupa, ataupun terang-terangan seiras rupa, tetapi jauh berbeza dari segi pembiakan.
  51. Ini adalah sebahagiannya untuk memberi lebih banyak masa untuk saudara-mara jauh untuk memberi penghormatan terakhir mereka kepada si mati.
  52. Pada tahun 1680, penjajah Portugis menjangkau jauh ke selatan lalu mengasaskan Sacramento di tebing Rio de la Plata, di kawasan Jalur Timur.
  53. Telegrafi = jauh, dan graphein (γραφειν) = tulis) ialah penghantaran jarak jauh pesanan bertulis tanpa sebarang pengangkutan fizikal huruf.
  54. Serangan pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi telah ditewaskan oleh Tun Perak dan Tun Hamzah tidak jauh dari Muar.
  55. Oleh kerana Zuhrah merupakan planet inferior dari Bumi, ia tidak pernah muncul jauh daripada Matahari: Kelonjongannya mencapai maksimum sebanyak 47.8x.
  56. Terumbu Sawar Besar, terumbu karang yang terbesar di dunia, terletak tidak jauh dari pantai timur laut Australia dan terbentang melebihi 2,000 kilometer.
  57. Penaakulan ini boleh dipanggil 'hujah kemungkinan' dan bukannya satu bukti; dalam kes konjektur Collatz, ia jelas betapa jauh konsepnya dari bukti tulen.
  58. Kebanyakan penduduk dunia kini hidup di dalam masyarakat yang kurang biasa mengamalkan poligami, dan perkahwinan adalah jauh lebih biasa berbentuk monogami.
  59. Pihak Soviet berundur, dan berjaya memindahkan kebanyakan industri berat mereka jauh daripada medan pertempuran dan membina semula dikawasan lebih terpencil.
  60. Tidak hanya pihak Parsi jauh lebih besar berbanding pihak Greek, tetapi mereka turut mempunyai tentera berkuda dan pasukan pemanah, di mana pihak Greeks tiada.
  61. Di sebalik jaraknya yang jauh dari pantai, Comoros terletak di sepanjang laluan laut utama antara Kilwa dan Mozambique, sebuah saluran keluar untuk emas Zimbabwe.
  62. Pada zaman perang pelayar web terawal, Internet Explorer jauh mengatasi Netscape apabila mengejar kemajuan teknologi untuk menyokong ciri-ciri progresif ketika itu.
  63. Negeri Patani mempunyai sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu seperti Melaka, Johor dan Selangor.
  64. Stalin merupakan seorang yang jauh lebih kejam dari Lenin dan beliau telah memaksa pengindustrian serta pertanian secara kolektif secara besar-besaran di negara ini.
  65. Ada sesetengah negara Afrika, terutamanya Ethiopia, Kenya dan Morocco, telah melahirkan ramai pelari jarak jauh bertaraf dunia seperti Abebe Bikila dan Cosmas Ndeti.
  66. Langkah dianjurkan oleh Islam ialah langkah mencegah kerana ia jauh lebih baik daripada usaha memperbaiki atau mengatasi masalah yang timbul akibat gejala sosial ini.
  67. Gunung berapi adalah bukaan, atau rekahan, pada permukaan atau kerak Bumi, yang membenarkan gas, abu, dan batu cair yang panas bebas jauh di dalam bawah permukaan bumi.
  68. Dengan ketibaan pesawat Bristol Britannia yang mampu membawa 84 penumpang pada tahun 1960, syarikat penerbangan ini memulakan operasi jarak jauh pertamanya ke Hong Kong.
  69. Satu lagi kepincangan dalam kebergantungan pada data morfologi adalah dua spesies yang kelihatan jauh berbeza boleh didapati merupakan spesies yang sama oleh analisa DNA.
  70. Di Burma, pasukan Chindit memberikan dimensi baru peperangan apabila menyusup jauh di belakang barisan hadapan menggunakan perbekalan udara untuk memyokong pergerakan mereka.
  71. Lebih jauh lagi, HRW yang prihatin dengan OIC yang tampak keengganan untuk mengakui sebagai tindakan terorisme yang melayani menyebabkan disokong oleh negara-negara ahli mereka.
  72. Idea pentingnya adalah pengetahuan diterima melalui deria selalunya mengelirukan dan tercemar, dan pengetahuan sebenar didapati oleh mereka yang berfikir jauh dari urusan dunia.
  73. Oleh sebab itu, pembangunan dimulakan pada 1986 pada Su-27PU, iaitu variasi tingkat upaya untuk Su-27 yang bertindak sebagai pesawat pemintas jarak jauh atau pusat kawalan udara.
  74. Perkaitan ini, dicampur dengan pembezaan yang jauh lebih senang daripada kamiran, digunakan oleh kedua-duanya untuk membuktikan kewujudan kamiran dengan sistematik dan saintifik.
  75. Kapal ini memang berupaya menyekat serangan dari bot torpeda, tetapi ia akan menjadi sasaran mudah untuk kapal-kapal utama yang lain sewaktu beroperasi jauh dari dari gerombolan.
  76. Magma yang terhasil di sini cenderung menjadi amat likat disebabkan kandungan silikanya yang tinggi, dengan itu sering tidak sampai pada permukaan dan mengeras jauh di dalam Bumi.
  77. Tetapi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya sebagai cabang tempatan Tentera Udara Diraja Britain di masa penjajahan British.
  78. E. Percival juga menyediakan perancangan Krohcol yang juga melibatkan kemasukan Tentera British ke wilayah Thailand tetapi pada skala yang jauh lebih kecil daripada Operasi Matador.
  79. Selain daripada kumpulan orang India yang tersebut di atas, terdapat juga tiga kumpulan etnik dan agama yang mempunyai kepentingan politik dan ekonomi yang jauh melebihi bilanganya.
  80. Akhir sekali, gunung berapi boleh dihasilkan melalui pluma mantel, yang dikenali sebagai titik panas; titik panas ini boleh berlaku jauh dari sempadan plak, seperti kepulauan Hawai.
  81. Bidang fizik zarah, juga dikenali sebagai "fizik bertenaga tinggi", mempelajari ciri zarah kecil yang jauh lebih kecil dari atom, termasuk zarah keunsuran yang membentuk benda lain.
  82. Banyak batuan Prakambrium sangat dimetamorfosis dan dengan itu, mengaburkan asalnya manakala batuan yang lain dimusnahkan oleh hakisan atau terbenam jauh di bawah strata Fanerozoik.
  83. Ini adalah bagi tujuan keselamatan iaitu sukar untuk dikesan oleh musuh.Struktur rumah panjang kaum Bidayuh tidak jauh bezanya dengan struktur rumah panjang masyarakat Iban di Sarawak.
  84. Bangunan Kelab Di raja Selangor stail Tudor, yang dibina pada 1890 jauh berbeza dengan bangunan seni bina Moorish bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak arah bersetentangan dataran.
  85. Saiz dan usia Zuhrah sama seperti Bumi tetapi iklimnya jauh lebih mencabar, dengan suhu sekitar 460 darjah Celsius dan begitu banyak karbon dioksida iaitu gas rumah hijau utama di Bumi.
  86. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak beberapa jauh daripada gereja tersebut kerana tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian.
  87. Pusat telekomunikasi moden terlibat dalam masalah penghantaran jumlah maklumat yang banyak dalam jarak yang jauh tanpa mangalami kerosakan data disebabkan oleh faktor bising dan gangguan.
  88. Pad abad ke-11, Raja Edward sang Pengaku menubuhkan semula dan membina Westminster Abbey dan Westminster, sebuah kawasan kediaman diraja yang terletak tidak jauh ke hulu sungai dari London.
  89. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi ada juga yang tinggal berdekatan dengan manusia malah berkongsi rumah dengan keluarga manusia.
  90. Pesawat Su-30MK berupaya untuk melaksanakan misi tempur yang pelbagai yang jauh daripada pangkalan, dalam sebarang keadaan cuaca, persekitaraan serakan yang tinggi, pada waktu siang atau malam.
  91. Iklim di Argentina secara keseluruhannya adalah sederhana dengan iklim-iklim bertentangan yang meliputi iklim subtropika di utara sehinggalah tandus atau gersang (sub-Antartika) jauh di selatan.
  92. Hubungan perdagangan antara Kerajaan Bantu di daratan dan pedangang Eropah berkembang dengan cepatnya yang berdagang pelbagai barangan, barangan buatan, dan hamba yang ditawan dari jauh di hulu.
  93. Tumbuhan berkayu selalunya pokok dengan satu atau beberapa batang dan dahan yang tumbuh jauh dari tanah, atau tumbuhan renek tanpa batang yang jelas, dan dahan yang hampir dengan permukaan tanah.
  94. Dalam banyak masyarakat, perkahwinan antara pupu-silang nasab-ibu disukai, sedangkan pada keterlaluan yang lain, Gereja Katolik Zaman Pertengahan melarangkan perkahwinan saudara sepupu jauhjuga.
  95. Tren-tren ke sekitar kawasan Melbourne disediakan oleh V-Line, manakala tren untuk ke tempat yang lebih jauh seperti Adelaide dan Sydney disediakan oleh sistem-sistem lain yang telah dipersetujui.
  96. Bagaimanapun, bahasa geometri juga digunakan dalam konteks bahawa mereka dikeluarkan jauh dari tradisi, tempat asal Euclidnya, contohnya, dalam geometri pecahan, dan khususnya dalam geometri Algebra.
  97. Panjang waktu siangnya hampir sama setiap hari, meskipun jurang perbezaan suhu purata antara siang dan malam jauh lebih ketara berbanding perbezaan suhu purata antara "musim panas" dan "musim sejuk".
  98. Aktiviti gunung berapi lumpur biasanya membabitkan suhu yang jauh lebih rendah berbanding gunung berapi igneous, kecuali apabila gunung berapi lumpur sebenarnya merupakan lohong gunung berapi igneous.
  99. Pentingnya kepada kesejahteraan fiskal juga mengakibatkan Shanghai tidak diberikan pelonggaran ekonomi yang diberikan kepada provinsi-provinsi di jauh selatan seperti Guangdong pada pertengahan 1980-an.
  100. Jarak Pulau Batu Puteh adalah lebih jauh dari titik terdekat Singapura iaitu terletak 46 km (25 batu nautikal) berbanding hanya 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari Johor (Tanjung Penyusop, Mukim Pengerang).

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...