Friday 25 March 2016

Contoh Ayat Perkataan "kesan"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "kesan" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Masalah kedua ialah kesan fotoelektrik.
  2. Faktor kesan Science pada 2014 ialah 33.611.
  3. Pemerhatian ini dikenali sebagai kesan fotoelektrik.
  4. Ini menghasilkan kesan yang dikenali sebagai liukan.
  5. Peristiwa Gestapo 1965 amat memberi kesan kepada beliau.
  6. Tsunami 2004 ternyata menberi kesan buruk kepada Malaysia.
  7. Kesan paling biasa pada mangsa rogol adalah kesan psikologi.
  8. (Asetil memberikan kesan buruk terhadap bahan kimia tersebut).
  9. Pemerintahan mereka memberi kesan yang besar kepada sejarah Mesir.
  10. Nimfa boleh memberi kesan gigitan yang menyakitkan apabila terancam.
  11. Sesetengah ciri individu ditentukan oleh kesan gabungan beberapa gen.
  12. Ton Warna disebabkan oleh kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna.
  13. Internet juga mempunyai kesan yang besar ke atas ilmu, dan pandangan dunia.
  14. Perjanjian Paris 1763 memberi kesan penting ke atas Britain dan empayarnya.
  15. Bagaimanapun dadah halusinogen mungkin memberi kesan sampingan selain khayal .
  16. Sesetengah mereka yang berfikiran moden berpendapat, ia hanyalan kesan placebo.
  17. Aliran udara yang merentasi lubang menyebabkan kesan sifon atau kesan Bernoulli.
  18. Sesetengah pengguna nikotin melaporkan bahawa nikotin mempunyai kesan melegakan.
  19. Beliau dilihat sebagai memberikan kesan yang berbeza kepada iklim politik sejagat.
  20. Mikroflora usus yang seimbang mempunyai kesan positif ketara terhadap penghadaman.
  21. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian.
  22. Ambil ubat lima hingga sepuluh minit selepas makan untuk mengelakkan kesan gastrik.
  23. Ia memberikan kesan kepada aktiviti ekonomi, juga kebajikan individu dan masyarakat.
  24. Gejala sindrom tarikan adalah bertentangan dengan kesan sampingan pengambilan dadah.
  25. Jika harga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara.
  26. Ia memberi kesan malap dan dramatik, dan juga ia dapat dilakukan dengan kos yang rendah.
  27. Ini bagi menyekat kepercayaan karut yang timbul kesan daripada cerita-cerita sedemikian.
  28. Kesan lain sekiranya ubat tidak habis dimakan ialah ia boleh menyebabkan kesan rintangan.
  29. Naik turun kadar pertukaran pariti kuasa beli merupakan kesan perubahan kadar pertukaran.
  30. Taufan memberi kesan semenanjung pada purata sekurang-kurangnya sekali setiap musim panas.
  31. Sebenarnya, sifat utama pemangsaan ialah kesan langsung pemangsa terhadap bilangan mangsa.
  32. Kadar karbon dioksida/bikarbonat dalam darah memberi kesan kepada ketebalan kapilari darah.
  33. Dadah ini digunakan secara terapeutik oleh pakar psikoterapi kerana kesan empatogenik MDMA.
  34. Sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan gastrik oleh itu ambil selepas atau bersama makanan.
  35. Sepertinya, Shinto telah dan akan terus memberi kesan pada perlaksanaan agama lain di Jepun.
  36. Pengovulan terjadi secara berkala dan memberi kesan yang langsung kepada jangka kitaran haid.
  37. Pertempuran ini, sepertimana Pertempuran Lexington dan Concord, mempunyai kesan menukar sejarah.
  38. Afrika Selatan merupakan negara yang mempunyai kesan peninggalan di antara yang tertua di dunia.
  39. Micrographia Robert Hooke mempunyai kesan besar, terutamanya disebabkan gambaran mengkagumkannya.
  40. Pengangguran yang berlaku dalam sesebuah negara akan menimbulkan kesan kepada ekonomi dan sosial.
  41. Telah terbukti bahawa probiotik mempunyai kesan anti-kolonial ke atas bakteria yang memudaratkan.
  42. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.
  43. Sekiranya terdapat makanan di dalam perut, maka kesan penyerapan ubat akan berkurangan atau hilang.
  44. Air ini dibuatkan oleh kelenjar Cowper dan bukannya air mani, meskipun ia mengandungi kesan sperma.
  45. Perbezaan kecil pada pergerakan sebarang molekul di udara memberi kesan kepada keadaan atmospherik.
  46. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.
  47. Selain Indonesia, antara negara yang melaporkan kesan gegaran ialah Malaysia, Singapura dan Thailand.
  48. Ini merupakan kesan evolusi yang diterima sebagai fakta kerana banyak sekali bukti yang menyokongnya.
  49. Kulat ini memberi kesan kepada bahagian gastrousus seperti rasa loya dan muntah pada sesetengah orang.
  50. Walaupun sistem ini merugikan sifat kehakiman badan ini, ia biasanya tidak memberikan kesan praktikal.
  51. Ini bagi membenarkan badan untuk membiasakan diri dengan dadah tersebut dan kesan sampingannya menghilang.
  52. Ia juga mungkin mampu melambatkan kedatangan diabetes dan bantu mengurangkan kesan kerosakan oleh diabetes.
  53. Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap.
  54. Salah satu kesan kebangkitan ini ialah penggunaan bahasa Parsi sebagai bahasa rasmi Iran sehingga ke hari ini.
  55. Perbezaan kecil mampu memberi kesan kepada troposphere cukup untuk mendorong kepada keadaan berbeza sepenuhnya.
  56. Aspirin masih mempunyai kesan sampingan tetapi dadah ini adalah lebih baik daripada asid salisilik atau salisin.
  57. Sebaliknya, sesetengah takson yang tidak bersaudara serupa wajahnya kesan daripada evolusi tumpu ataupun kemimikan.
  58. Ini adalah kerana ASEAN + 3 lihat lebih memberikan kesan yang mendalam dalam proses pembentukan Komuniti Asia Timur.
  59. Tetapi saya rasa kesan moral dengan kehadirannya memberikan lebih kelebihan berbanding sedikit pembahagian kekuatan.
  60. Ia memberi kesan yang amat sangat sehingga dilaporkan ada penonton yang pengsan kerana menonton filem-filem tersebut.
  61. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan.
  62. Mereka membela penggunaan asetaminofen memandangkan bahan kimia ini tidak menghasilkan kesan kesan toksik asetanilida.
  63. Perubahan putaran ini telah menyebabkan pelbagai kesan kepada bumi, antaranya pelbagai perubahan cuaca dan sebagainya.
  64. Sebaliknya, detritivor sekadar memakan apa yang sedia ada tanpa memberikan kesan langsung kepada organisme "penderma".
  65. Dalam keadaan begini, ubat antibiotik yang lazim diberikan sudah tidak dapat memberi sebarang kesan untuk membunuhnya.
  66. Mereka menggunakan teknologi lapik getah sintatik di setiap bangunan dan jamnbatan dan dapat meminimakan kesan gegaran.
  67. Rogol dalam keadaan ini sentiasa mempunyai kesan negatif yang lebih dalam daripada serangan seksual yang biasa berlaku.
  68. Probiotik juga didapati memberi kesan positif ke atas beberapa penyakit gastrousus seperti IBS dan penyakit radang usus.
  69. VES pada mulanya terus mendapat keuntungan selepas kesan penurunan harga pasaran konsol permainan video pada tahun 1977.
  70. Walaubagaimanapun, kesan daripada kemasukan nagara baru ini akan menyebabkan GDP EU jatuh untuk tempoh masa yang singkat.
  71. Meluasnya penggunaan bahasa Mandarin di seluruh China utara terutamanya kesan daripada keluasan tanah pamah di China utara.
  72. Ini adalah kerana dengan ketahanan yang tinggi terhadap euforia, kesan sampingan yang masih wujud adalah tidak menyenangkan.
  73. Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi temuan arkeologi mempertunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah.
  74. Pada separuh akhir abad ke-20, peluasan bahasa Inggeris adalah kesan kekuasaan tentera, ekonomi dan kebudayaan Amerika Syarikat.
  75. Pengunduran pasukan tentera British bukan sahaja menjatuhkan moral pasukannya, malah memberi kesan taktikal kepada pertahanan Kedah.
  76. Satu cara lain mengelaskan gunung berapi adalah melalui komposisi bahan luahan , kerana ia memberi kesan kepada bentuk gunung berapi.
  77. Pengecutan berirama berlaku sendiri, meskipun frekuensi boleh berubah disebabkan keresahan, kesan hormon, senaman atau berasa terancam.
  78. Ini membawa kepada kesan di mana membawa kad pengenalan diri adalah kewajipan de facto meskipun bukan kewajipan de jure (undang-undang).
  79. Eksperimen untuk mengkaji kesan fotoelektrik telah dijalankan secara intensif dan beberapa pemerhatian yang konsisten dapat diperhatikan.
  80. Pengenalan penulisan pada abad ke 5 dan Buddha pada abad ke 6 memberikan kesan besar pada perkembangan system kepercayaan Shinto tunggal.
  81. Vaksin acellular baru, dikenali sebagai vaksin DPT, telah mengurangkan kejadian kesan sampingan berbanding vaksin "sel penuh" batuk kokol.
  82. Ini berikutan beberapa peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya dan Beruas khususnya.
  83. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar.
  84. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.
  85. Jerebu di Asia Tenggara pada 2006 adalah antara yang paling buruk sejak 1998 apabila musim kering adalah agak panjang berikutan kesan el Nino.
  86. Gempa bumi Bengkulu 2007 pada skala 8.4 skala Richter ternyata memberi kesan gegaran kepada bangunan tinggi di Kuala Lumpur seperti TH Selborn.
  87. Kerosakan pada otak cenderung memberi kesan besar pada organ, kadang kala menyebabkan kekurangan besar dalam kecergasan, ingatan, dan pergerakan.
  88. Bahasa Perancis kekal sebagai lingua franca di negara-negara Afrika Barar dan Tengah , sebagai kesan peninggalan penjajahan Perancis dan Belgium.
  89. Lapisan ini bertindak sebagai pelindung untuk mengelakkan kesan gastrik dan fungsi lain juga sebagai kawalan terhadap kadar serapan ubat di perut.
  90. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar.
  91. Terdapat juga khabar mengatakan mengenai keinginan Inter untuk membina stadium sendiri dan ini mungkin boleh memberi kesan kepada keputusan tersebut
  92. Perteduhan batu-batu Zaman Batu yang dihiasi lukisan di Bhimbetka, Madhya Pradesh merupakan kesan kewujudan manusia yang terawal diketahui di India.
  93. Proses pemasangan ini hampir serupa dengan proses tautan titisan minyak dalam air dan didorong oleh daya yang sama, yang dinamakan kesan hidrofobik.
  94. Stok dan nilai mata wang Asia menurun, manakala komoditi emas dan perak telah naik secara mendadak kesan berita mengenai peluru berpandu Korea Utara.
  95. Teori kekacauan mengkaji perilaku sistem dinamik yang sangat sensitif terhadap keadaan awal; satu kesan yang popular disebut sebagai kesan rama-rama.
  96. Pola fraktal juga menggunakan magnifikasi atau penskalaan yang menghasilkan kesan yang dikenali sebagai serupa diri atau tidak berubah terhadap skala.
  97. Di Amerika Utara, kesan daripada lebihan dalam pasaran menyebabkan pengeluar permainan video kecil-kecilan rugi dan terpaksa menutup perniagaan mereka.
  98. Menjelang 1892, Tesla telah menyedari akan kesannya terhadap kerosakan kulit yang kemudiannya dikenal pasti oleh Wilhelm Rxntgen sebagai kesan sinar-x.
  99. Ini mengganggu rangkaian perhubungan antara unit Pihak Berikat dan komander mereka dan memberi kesan kepada persediaan bagi pertahanan pulau Singapura.
  100. Organisma yang dapat bertahan hidup adalah yang tahan terhadap pengoksidaan dan kesan racun oksigen atau yang tinggal di lingkungan yang bebas oksigen.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...