Friday 25 March 2016

Contoh Ayat Perkataan "menumpukan"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "menumpukan" dalam bahasa Melayu
    Contoh Ayat untuk Perkataan
  1. Rencana ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat).
  2. Dia berhenti menyeksa diri dan menumpukan perhatiannya dalam pertapaan.
  3. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia.
  4. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO.
  5. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.
  6. Undang-undang kedua ialah undang-undang syariah yang menumpukan pada orang Islam di Malaysia.
  7. ISO 639-1 dan ISO 639-2 menumpukan bahasa utama yang dilambangkan oleh seluruh kepustakaan dunia.
  8. Sebaliknya, mereka menumpukan pada mentakbir dan yakin bahawa mereka mampu dilindungi oleh tentera mereka.
  9. Ini adalah istilah yang manusahabah, dan yang menumpukan kepada peranan biasa tumbuhan dalam sistem ekologi.
  10. Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong .
  11. Bahagian pendahuluan dari buku ini menumpukan pada kes khas dimana masukan dan keluaran dari fungsi bilangan nyata.
  12. McCaskill menumpukan penduduk luar bandar, yang sebahagian besarnya memihak kepada lawannya pada pilihanraya gabenor.
  13. Razaleigh kemudian memutuskan untuk membentuk parti baru yang menumpukan kepada "semangat 1946", iaitu tahun UMNO diasaskan.
  14. Secara am sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit.
  15. Berbeza dengan kebanyakan jurnal saintifik, yang menumpukan pada bidang tertentu, Science dan pesaingnya Nature meliputi semua disiplin sains.
  16. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
  17. Tentera Merah menumpukan ke Negara-negara Baltik dan kepada Finland, di mana Peperangan Musim Sejuk menjadi tumpuan dunia disebabkan ketiadaan pertempuran lain.
  18. Perdebatan hebat di kalangan masyarakat-masyarakat Barat menumpukan kepada perbezaan persepsi dari segi sosial, intelektual, atau emosi antara lelaki dan perempuan.
  19. Tentera Jepun dengan pantas mengasingkan unit India yang mempertahanan pantai, sebelum menumpukan tentera mereka bagi mengepong dan memaksa pasukan bertahan agar menyerah.
  20. Pada awal permulaan Pertempuran Atlantik , armada Jerman telah mengancam konvoi Atlantik, maka armada perang Britain menumpukan usaha mereka untuk mencari dan memusnahkannya.
  21. Biologi menumpukan kepada ciri-ciri fizikal dan tabiat hidupan yang hidup pada masa kini dan masa silam, bagaimana mereka terhasil dan interaksi antara sesama mereka dan alam sekitar.
  22. Walaupun Tentera Darat Ke-25 Jepun lebih kecil bilangan anggotanya berbanding angkatan tentera Pihak Berikat di Tanah Melayu dan Singapura, panglima Jepun menumpukan daya pasukan mereka.
  23. Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.
  24. Syarikat ini bertujuan untuk mengeksploitasi perdagangan rempah yang lumayan, dan menumpukan perhatian mereka kepada kepulauan Nusantara dan India yang ketika itu rangkaian perdagangan penting.
  25. Microsoft terus menumpukan kepada kepentingan melepasi ujian Acid3, tetapi spekulasi bahawa IE9 akan menyokong SVG yang disyorkan oleh W3C tercetus apabila Microsoft mengumumkan bahawa mereka telah menyertai Kumpulan Bekerja SVG.
  26. Apabila manusia melepaskan usaha untuk mencari keseronokan dengan memuaskan nafsunya dan mengumpul kekayaan, dan menumpukan tenaganya untuk mencari ketuhanan dalam dirinya sendiri, maka dia dikatakan sedang menjalani kehidupan rohani.
  27. President Mandela telah menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pendamaian di tahap nasional, dan telah cuba untuk membentuk satu identiti untuk Afrika Selatan dalam masyarakat majmuk yang terpisah akibat konflik perkauman sejak beberapa dekad.
  28. Walaupun kesukaran tersebut, pihak British masih gigih berusaha dan mengekalkan kehadiran di sana selama 150 tahun sebelum menyerahkannya kepada Belanda sebagai sebahagian Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 untuk menumpukan perhatian kepada Melaka.
  29. Tetapi Sen pernah menggambarkannya sebagai satu "ukuran kesat", kerana beberapa kekangannya, meskipun beliau menerima fokusnya yang menumpukan kepada aspek-aspek pembangunan yang lebih meluas berbanding ukuran pendapatan per kapita yang digantikannya.
  30. Semasa tempoh yang singkat di syarikat Edison, Tesla mendapati dirinya telah berjaya mendapat asas yang kukuh untuk bertapak dan selepas perletakan jawatannya telah memberikan ruang kepada beliau untuk menumpukan terhadap kajian mengenai sistem polifasa arus ulang alik.
  31. Sebahagian besar penganut Hindu bersembahyang kepada pelbagai dewa-dewi, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh yang agung , sedangkan banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk Brahman (Tuhan), umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Saktisme.
  32. Satu kekecualian untuk pola ini ialah di Mesir kuno di mana perkahwinan antara adik-beradik dalam keluarga diraja dibenarkan — seperti di Hawaii dan antara orang Inka; hak istimewa ini tidak diberikan kepada orang biasa dan mungkin bertindak untuk menumpukan kekayaan dan kuasa dalam sebuah keluarga .
  33. Masalah kecenderungan menentang, masalah sukar menumpukan perhatian, dan masalah personaliti merupakan antara contoh gejala yang dianggap sebagai penyakit dalam masyarakat Amerika Utara kini tetapi tidak pernah dianggap sedemikian dalam kebudayaan Amerika abad lalu atau bagi masyarakat lain pada masa kini.
  34. Sambutan ini lebih menumpukan kepada kesyukuran, kepentingan ilmu dan pendidikan, pertalian rapat baginda dengan rakyat jelata, penghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat kepada Sultan serta kepada mereka yang berkorban untuk Raja dan negara, penghargaan kepada semangat yang terjalin antara Ketua Negeri dan Kerajaan Pusat.
  35. Mereka juga mendebatkan bahawa sebuah gerakan feminisme yang berkesan harus menumpukan perhatian kepada kedua-dua aspek persoalan sejagat seperti rogol, inses, dan pelacuran, serta persoalan kebudayaan yang khusus yang berkait dengan wanita di dalam masyarakat yang berkenaan, seperti pemotongan genital perempuan di sebilangan bahagian Afrika dan Timur Tengah dan amalan "siling kaca" yang menghalang kenaikan pangkat wanita di ekonomi-ekonomi yang maju.
  36. Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Tuanku Mizan Zainal Abidin, telah mengeluarkan penyataan rasmi menerusi Titah Khas Istana Negara Dibawah Duli Tuanku pada 3 Julai 2011 bagi meminta semua pihak agar berfikir kembali tentang implikasi penganjuran perhimpunan dan demontrasi jalanan, dengan kaedah menumpukan akan kesan yang akan timbul dari pelaksanaan perhimpunan, selanjutnya memikirkan masa hadapan kearah kemakmuran dan pembangunan negara.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Contoh Ayat Perkataan "adat"

Contoh Ayat menggunakan Perkataan "adat" dalam bahasa Melayu Punan mempunyai  adat  pengkebumian yang unik. Kebanyakan gereja m...