Contoh Ayat menggunakan Perkataan "kesenian" dalam bahasa Melayu
- Tradisi juga pasti tidak lepas daripada kesenian yang disajikan dalam upacara-upacara tradisi tersebut.
- Di negara Silla Bersatu, bidang puisi dan kesenian adalah digalakkan, sementara kebudayaan agama Buddha mekar.
- Negeri Perlis sememangnya terkenal dengan kesenian Melayunya seperti Jikey Perlis, Makyong Laut dan Wayang Kulit Gedek.
- Kuasa samurai adalah kuat pada tempoh Edo, dan kesenian penghasilan pedang yang hampir hilang, perlahan-lahan beransur pulih.
- Semasa pemerintahan Bani Umaiyyah, bandar-bandar seperti Cordoba dan Granada telah menjadi pusat keilmuan dan kesenian agama Islam.
- Sukan-sukan tradisional ini sesetengahnya melambangkan ciri-ciri kesenian yang terdapat di dalam sesetangah bangsa atau kaum tersebut.
- Kerajaan berdedikasi untuk mempertahankan unsur-unsur tradisional dalam kesenian dan kebudayaan termasuk melalui Yayasan Kebudayaan Abu Dhabi.
- Bagaimanapun, dengan perubahan masa, kesenian tersebut merosot dengan tekanan pengaruh senjataapi, yang menjadikan pedang sebagai senjata lapuk.
- Sukan seperti permainan Wau, tarian Naga atau permainan gasing mempunyai ciri-ciri kesenian yang melambangkan keindahan dan keharmonian rakyat di Malaysia.
- Sementara kesenian menggunakan pedang untuk tujuan asalnya kini telah lapuk, kenjutsu telah bertukar menjadi gendai budo - kesenian bela diri untuk masa kini.
- Sejak dari masa kanak-kanak sehingga kedewasaan, masyarakat Yogyakarta sering menyaksikan dan mengikuti berbagai-bagai acara kesenian dan kebudayaan di kota ini.
- Sungguhpun begitu, Kerajaan Hungary tetap mampu menguatkan pengaruhnya di Eropah sebagai pusat kebudayaan dan kesenian di bawah pemerintahan Raja Matthias Corvinus ketika zaman Renaissance.
- THES juga menempatkan Cambridge sebagai terulung dalam bidang sains, kedua dalam bioperubatan, ketiga dalam kesenian dan kemanusiaan, keenam dalam teknologi, dan kelapan dalam sains sosial.
- Sutradara filem terkenal, Danny Boyle merupakan pengarah kesenian upacara ini, diiringi oleh Rick Smith dan Karl Hyde yang menganggotai duo muzik elektronik Underworld sebagai pengarah muzik.
- Pada abad ke-18, United Kingdom memainkan peranan penting untuk membangunkan gagasan sistem berparlimen bergaya Barat di samping memberikan sumbangan besar kepada bidang kesusasteraan,kesenian dan sains.
- Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia.
- Selain daripada persembahan tarian Sumazau, diadakan juga pertandingan nyanyian dipanggil Sugandoi, pertunjukan bina badan, dan ratu cantik atau "Unduk Ngadau", dan persembahan segala jeniskesenian dan kraftangan.
- Pada zaman moden, selain dari ia sebagai permulaan musim sekolah, ia juga merupakan musim dimana industri perfileman mula menayangkan filem-filem yang selalunya berbajet kecil, tetapi mempunyai hasilkesenian yang tinggi di institusi-institusi akedemik seperti di upacara hadiah Oscars dan BAFTA.
No comments:
Post a Comment